Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Asyakirin Bintulu Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu kami ingin mengalu-alukan kunjungan anda ke Laman Web Rasmi SK Asyakirin Bintulu Sarawak.  Projek laman web ini adalah usahasama PIBG dengan Pihak Sekolah. Laman web ini berfungsi untuk merapatkan jurang komunikasi antara pihak ibu bapa dengan PIBG dan pihak sekolah. Kami berharap laman web ini dimanfaatkan oleh semua pihak terutama ibu bapa bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah dan bagi pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti yang akan dan sedang dijalankan di sekolah. Elemen interaksi secara atas talian melalui email turut akan diwujudkan.

Akhir kata, semua kemudahan ini diwujudkan untuk mengeratkan hubungan, kerjasama dan komunikasi antara semua pemegang taruh SK Asyakirin iaitu ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah. Kami ingin mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dan meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG dan Sekolah, justeru itu kami percaya SK Asyakirin dapat meningkat dengan tahap yang lebih tinggi.

Ikhlas

Encik Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini, Guru Besar

Encik Johan bin Ismail, YDP PIBG

Leave a comment