Makluman

Mohon kepada ibu bapa / penjaga yang mendaftar murid bagi Tahun 1 bagi sesi 2021 Sila isi google form di bawah untuk proses mengumpul maklumat daripada ibu bapa/ penjaga tentang anak di bawah jagaan tuan puan. sila tekan pautan di bawah untuk mula mengisi. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSciyf02wPKIQZ5b29mr7DwEob8hJI_JFraM4rcbRQyihh-E3A/viewform?usp=sf_link Sila isi maklumat yang benar serta mudah untuk dihubungi bagi…

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKA KALI KE-11 2019

Makluman berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG adalah seperti berikut: Tarikh  : 16 Mac 2019 Hari      : Sabtu Masa    : 8:30 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : Dewan Utama SKA Sehubungan itu, warga sekolah mengalu-alukan kedatangan semua ibubapa murid SKA untuk sama-sama menjayakan mesyuarat ini dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.…

UJIAN AR 1 TAHUN 6

Semua murid Tahun 6 akan menduduki Ujian AR 1 bermula 4 Mac 2019 hingga 7 Mac 2019. Diharapkan agar mereka semua bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Selamat menduduki ujian dan semoga dipermudahkan. All the best!

CUTI CHAP GOH MEI 2019

Untuk makluman, sekolah akan bercuti pada 19 Februari 2019 (Selasa) sempena Perayaan Chap Goh Mei. Sekolah akan dibuka semula pada 20 Februari 2019 (Rabu). Harap maklum.

GONG XI FA CAI!

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada seluruh warga SK Asyakirin yang meraikan perayaan ini khasnya kepada Cikgu Kwan, Cikgu Kong, Cikgu Lam dan Cikgu Azalea. Semoga tahun baru ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Gong Xi Fa Cai! Untuk makluman juga, sekolah akan bercuti mulai 2 Februari 2019 sehingga 10 Februari 2019. Sekolah akan…

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 4

Makluman tentang Ujian Diagnostik Tahun 4 adalah seperti berikut: Tarikh: 28 hingga 31 Januari 2019 Hari: Isnin hingga Khamis Subjek: B.Melayu, B. Inggeris, Matematik dan Sains Sasaran: Hanya murid-murid Tahun 4

JOM KEMBALI KE SEKOLAH!

Sesi pendaftaran murid: Tarikh: 31 Disember 2018 Hari: Isnin Masa: 8 pagi hingga 12 tengah hari Tempat: Kelas masing-masing (Tahun 2 – Tahun 6, Prasekolah, PPKI), Dewan sekolah (Tahun 1) Semoga semua murid SK Asyakirin sudah bersedia dengan segala kelengkapan seperti pakaian, buku dan alat tulis bagi sesi persekolahan tahun 2019. Jom ke sekolah!!!  

SELAMAT HARI KRISMAS

Selamat menyambut Hari Krismas diucapkan kepada semua warga SKA yang meraikannya. Semoga perayaan tahun ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan di samping keluarga tercinta. “Merry Christmas!”