PENTAKSIRAN SUMATIF 3 & UJIAN AKHIR TAHUN 6 2017

Pentaksiran Sumatif 3 akan berlangsung pada 23 hingga 27 Oktober 2017 yang melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 5. Manakala murid-murid tahun 6 akan menduduki Ujian Akhir Tahun pada 23 dan 24 Oktober 2017 yang melibatkan subjek bukan teras seperti Sejarah, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Semoga semua murid dapat hadir awal ke sekolah dan bersemangat…

CUTI DEEPAVALI

Makluman kepada semua warga SKA, sekolah akan bercuti sempena Perayaan Deepavali mulai 14 Oktober hingga 22 Oktober 2017. Sekolah dibuka semula pada Isnin (23 Oktober 2017), yang merupakan hari pertama bagi Pentaksiran Sumatif 3 2017. Jadual peperiksaan akan dimuat naik dalam entri berikutnya. Selamat bercuti dan selamat mengulangkaji pelajaran!

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SK ASYAKIRIN

Untuk makluman semua, Kejohanan Balapan dan Padang SK Asyakirin Kali Ke-12 akan diadakan bermula 5 hingga 7 Oktober 2017. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini akan diadakan di padang sekolah SK Asyakirin. Berikut adalah maklumat awal tentang kejohanan: Khamis (5 Oktober) – Acara padang T.3,4,5,6 (lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru) Jumaat (6 Oktober)…