Mesyuarat Exco PIBG Bil 01 2016

Mesyuarat EXCO PIBG Bil 01 2016

Mesyuarat EXCO PIBG Bil 01 SK Asyakirin telah berjaya diadakan pada 20 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Asyakirin. Mesyuarat telah berlangsung dengan baik dan memakan masa yang panjang kerana meneliti banyak isu dan kertas permohonan dana PIBG. Mesyuarat berlangsung dari 8.00 pagi – 12.00 tengahari. PIBG ingin merakamkan penghargaan atas kehadiran En. Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini (Guru Besar), Puan Dayang Halimah binti Unus (PK Tentadbiran) dan En. Rozalani bin Haji Raini (PKKK). PIBG turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk guru-guru yang datang untuk membentangkan kertas kerja mereka.

Dalam mesyuarat tersebut, Guru Besar memberi amanatnya dalam penuh semangat untuk menaikkan kecemerlangan murid, guru dan sekolah. Hala tuju yang jelas di pihak sekolah sangat dialu-alukan dan adalah disokong oleh PIBG SK Asyakirin. Mesyuarat turut meneliti semua usul yang dihantar untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang bakal berlangsung pada awal bulan Mac. Secara ringkas, mesyuarat telah meluluskan 15 daripada 17 kertas permohonan dengan pindaan peruntukan. Sejumlah RM13,496.00 dana telah diluluskan untuk permohonan tersebut. Semoga dana ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Leave a comment