KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SK ASYAKIRIN

Untuk makluman semua, Kejohanan Balapan dan Padang SK Asyakirin Kali Ke-12 akan diadakan bermula 5 hingga 7 Oktober 2017. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini akan diadakan di padang sekolah SK Asyakirin.

Berikut adalah maklumat awal tentang kejohanan:

Khamis (5 Oktober) – Acara padang T.3,4,5,6 (lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru)

Jumaat (6 Oktober) – Acara sukaneka murid T.1,2, Prasekolah dan Pendidikan Khas

Sabtu (7 Oktober) – Acara balapan T.3,4,5,6 (60m, 100m, 200m, 4x100m), acara terbuka untuk ibu bapa

Semua warga SK Asyakirin termasuk para ibu bapa dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi kejohanan sukan kali ini. Penglibatan dan bantuan daripada ibu bapa juga sangat dialu-alukan untuk membantu kelancaran majlis.

 

Leave a comment